Friday 16 October 2015

Bismillah.

Iyah, semester 2 sebagai salah seorang AsperianXI, aku diwajibkan ambil kursus SSK. SSK? Apa benda SSK tu ya, mesti ada yang tertanya-tanya. SSK tu Sains Komputer lebih kurang lah ya. Jadi cipta blog merupakan salah satu amali yang kami perlu buat. Huhu, blog aku yang lagi satu pun agak 'bersawang' inikan pula nak aktif dengan blog baru. Tapi, tak mengapa demi ilmu ya. Mungkin blog yang ni aku lebih banyak bercerita tentang kehidupan yang sangatttttttttt berharga sebagai Asperian.

Iya, aku tak tipu. Biasalah tu kalau mula-mula berada kat tempat baru, semua benda nak kondem. "Susahlah nak rebut bas" " Ya Allah, jauh tersorok Pusat Asasi" "Huhu, penat jalan kaki nak balik kolej tersayang bila malas nak rebut bas". Ish ish, manusia memang jarang sekali nak bersyukur kan. Tak, aku cakap aku bukan kamu kerana aku percaya kamu lebih baik. Tapi.....

Aku bahagia berada di Upm. Aku bersyukur Allah tetapkan takdir aku di sini, Aku bersyukur sebab Allah halang aku daripada buat keputusan-keputusan yang mungkin 'bodoh'. Alhamdulillah.
Aku bersyukur sebab aku tak tekad nak pindah kolej lain sebab nikmat ukhuwah yang aku rasa sekarang sangatttttt mendamaikan hati aku, Siapa sangka rupanya Allah letakkan aku dengan sahabat-sahabat sebilik yang sangat baik dengan pelbagai latar belakang dan ragam. Aku gembira, aku bahagia bila bersahabat, saling 'support', solat berjemaah, makan berjemaah, saling bantu dalam pelajaran, baca al Mulk sama-sama, 'protect' hati aku bila aku betul-betul terluka, kuatkan semangat aku. Orang cakap aku bijak dalam pelajaran, haha tak. Roomate yang banyak bantu aku, tak lupa juga pensyarah dan yang paling utama Allah yang terangkan hati aku dan doa ibu dan abah aku.

Aku juga bersyukur aku tolak tawaran untuk kursus perubatan di India. Yalah, bagaimanalah aku nak 'survive' hidup dan aku sangat percaya dan yakin, Allah letak aku di sini sebab Allah tahu aku memang tempatnya di sini. Jika aku terima, mungkin nikmat-nikmat di Upm ni aku tak rasa. Apa-apa pun Kolej 17, September 2016 aku datang! In shaa Allah.

Ok lah, sampai sini dulu sebab aku nak Qailullah.