Tuesday 15 December 2015

Reminder, knock knock!



Pictures tell you thousand words, hrmm

Saya bukan Meoww




Ya, nama saya Muezza (nama kucing Rasulullah). Tuan saya panggil saya Muezza sebab dia nak bela kucing tapi tak boleh.

Saya selalu makan jam 0630 dan 1830, kadang2 tuan saya leka dan lambat bagi saya makan. Jadi, saya selalu sambar palet kecil2 tu bila tuan saya bagi makan. Kadang2 mereka yang di'tag' tu yang bagi saya makan bila tuan saya sibuklah sangat ya.

Saya kira baik la sebab setiap kali tuan saya bangun tidur, saya mesti dah bangun dulu. Jaga tuan.

Saya minta kamu yang kenal a, b sampai z, sayangilah kami (mamalia, reptilia, amfibian, serangga, burung, ikan) sebab kami pun sayang kamu.

Dan, terakhir sekali saya nak khabar yang saya masih bujang. Tuan saya belum lagi carikan pasangan untuk saya, hrmm. Katanya saya masih ada aura 'laga'.





Puisi Nikmat


NIKMAT (A. SAMAD SAID)



Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.




Iya puisi ini ringkas tapi cuba hadam.

I'm Glad To Be...

      Bismillahirrahmanirrahim



I'm Glad To Be 'Melaka-ian' because I can't stop my tongue from changing the last word with 'r' to 'au' like - "pagau, besau, sabau"

I'm Glad To Be Kelantanese because the food is very cheap and of course, yummy. And, the sambal tastes sweet

I'm Glad To Be Perak-ian because the tower is slanding perfecto. Subhannallah

I'm Glad To Be Terengganu-ian because the state is soooooo clean and beautiful

I'm Glad To Be Johor-ian because I meet Ida.. Huhuhuhu.

I'm Glad To Be Noghorian ( Negeri Sembilan) because the women are beautiful, hrmm

I'm Glad To Be Selangor-ian because Selangor won Piala Malaysia 2015, so I can enjoy my holiday

I'm Glad To Be Kedah-ian because of the 'cekelat'

I'm Glad To Be Penang-ian because of  Nasi Kandaq and 'Anak Mami'

I'm Glad To Be Pahang-ian because of the expensive price of ikan patin, lulz. Sorry for being sarcastic.

I'm Glad To Be Perlis-ian because I love Padang Besaq. No, I love shopping.

I'm Glad To Be Sarawak-ian because of the scrumptious ulat sagu. Pffttt..

I'm Glad To Be Sabah-ian because I'm so addicted to pearls.

I'm Glad To Be Kuala Lumpur-ian because the place is 24/7 never sleep.


I'M GLAD TO BE MALAYSIAN BECAUSE THIS IS WHERE I WAS BORN. ALHAMDULILLAH and, I found you.




On Three, Breathe and Move On



           Macam sedih ja tajuk 'entry' ni. Tak, tak sedih pun, luarannya. Disebabkan video merupakan salah satu perkara yang wajib ada dalam 'entry', maka yang bermain di kotak fikiran aku yang memang agak kosong ini ialah video Matluthfi. Tenang. Aku pilih video ini sebab video daripada beliaulah yang selalu aku tonton berulang kali tanpa jemu dan selalu menaikkan semangat aku. Jadilah, naik semangat sikit daripada tiada langsung.

           Nak cerita banyak pun dia bukan aku pernah jumpa hatta berkenalan. Cukuplah aku katakan aku 'senang' dengan orang seperti dia. Aku juga berharap in shaa Allah aku boleh ikut sedikit jejak langkah dia, berbakti untuk masyarakat. Ya, aku tak mahulah jadi mahasiswi yang hanya 'mereput' dengan buku sahaja. Aku percaya ilmu kehidupan itu bukan hanya dalam kitab. Kamu kena terokai hidup kamu, memaknakan hidup kamu kalau kamu betul-betul nak rasa nikmat hidup.

           Maaf pabila aku semakin merapu, mungkin. Apa-apa pun aku nasihatkan kamu dan aku :        
 "move on, beb".

Tuesday 24 November 2015

Silent, me.

Bismillahirrahmanirrahim.


Huhuhu.. Boleh ka aku berhuhu sekejap ni?
Semester 2, iyah. Mencabar. Sangat mencabar bagi aku.
'Lost soul'? - Infiniti rasanya.
Tapi jangan layan sangat perasaan kacau ni kalau faktor luar yang membuat kau 'hilang jiwa'.
Yang penting, cari semula diri kau. Diri kau yang terbaik. Diri kau sangat baik, percayalah.

"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(Surah At-Tin ayat 4)

Apa yang ingin aku nukilkan mungkin salah satu pendorongnya : siapkan Lab 7 (Blog).
Tapi aku lebih meluahkan isi hati :p
Aku, mungkin kompleks. Sangat kompleks. Emosi aku boleh berubah 179.9°, cewah.
Biasalah kita merancang, tapi Allah menentukan.
Banyak yang aku rancang untuk semester 2 tapi banyak juga yang tak jadi. Aku percaya, bil hikmah.


"Tak seperti bintang di langit,
  Tak seperti indah pelangi,
  Kerna diriku bukanlah mereka,
  Ku apa adanya.

  Wajahku kan memang begini,
  Sikap ku jelas tak sempurna,
  Kerna diriku bukanlah mereka,
  Ku apa adanya."


                                                                                                                                         

Abstrak :)
                                                                                                             Me, Zero

  

Friday 16 October 2015

Bismillah.

Iyah, semester 2 sebagai salah seorang AsperianXI, aku diwajibkan ambil kursus SSK. SSK? Apa benda SSK tu ya, mesti ada yang tertanya-tanya. SSK tu Sains Komputer lebih kurang lah ya. Jadi cipta blog merupakan salah satu amali yang kami perlu buat. Huhu, blog aku yang lagi satu pun agak 'bersawang' inikan pula nak aktif dengan blog baru. Tapi, tak mengapa demi ilmu ya. Mungkin blog yang ni aku lebih banyak bercerita tentang kehidupan yang sangatttttttttt berharga sebagai Asperian.

Iya, aku tak tipu. Biasalah tu kalau mula-mula berada kat tempat baru, semua benda nak kondem. "Susahlah nak rebut bas" " Ya Allah, jauh tersorok Pusat Asasi" "Huhu, penat jalan kaki nak balik kolej tersayang bila malas nak rebut bas". Ish ish, manusia memang jarang sekali nak bersyukur kan. Tak, aku cakap aku bukan kamu kerana aku percaya kamu lebih baik. Tapi.....

Aku bahagia berada di Upm. Aku bersyukur Allah tetapkan takdir aku di sini, Aku bersyukur sebab Allah halang aku daripada buat keputusan-keputusan yang mungkin 'bodoh'. Alhamdulillah.
Aku bersyukur sebab aku tak tekad nak pindah kolej lain sebab nikmat ukhuwah yang aku rasa sekarang sangatttttt mendamaikan hati aku, Siapa sangka rupanya Allah letakkan aku dengan sahabat-sahabat sebilik yang sangat baik dengan pelbagai latar belakang dan ragam. Aku gembira, aku bahagia bila bersahabat, saling 'support', solat berjemaah, makan berjemaah, saling bantu dalam pelajaran, baca al Mulk sama-sama, 'protect' hati aku bila aku betul-betul terluka, kuatkan semangat aku. Orang cakap aku bijak dalam pelajaran, haha tak. Roomate yang banyak bantu aku, tak lupa juga pensyarah dan yang paling utama Allah yang terangkan hati aku dan doa ibu dan abah aku.

Aku juga bersyukur aku tolak tawaran untuk kursus perubatan di India. Yalah, bagaimanalah aku nak 'survive' hidup dan aku sangat percaya dan yakin, Allah letak aku di sini sebab Allah tahu aku memang tempatnya di sini. Jika aku terima, mungkin nikmat-nikmat di Upm ni aku tak rasa. Apa-apa pun Kolej 17, September 2016 aku datang! In shaa Allah.

Ok lah, sampai sini dulu sebab aku nak Qailullah.