Tuesday 15 December 2015

On Three, Breathe and Move On



           Macam sedih ja tajuk 'entry' ni. Tak, tak sedih pun, luarannya. Disebabkan video merupakan salah satu perkara yang wajib ada dalam 'entry', maka yang bermain di kotak fikiran aku yang memang agak kosong ini ialah video Matluthfi. Tenang. Aku pilih video ini sebab video daripada beliaulah yang selalu aku tonton berulang kali tanpa jemu dan selalu menaikkan semangat aku. Jadilah, naik semangat sikit daripada tiada langsung.

           Nak cerita banyak pun dia bukan aku pernah jumpa hatta berkenalan. Cukuplah aku katakan aku 'senang' dengan orang seperti dia. Aku juga berharap in shaa Allah aku boleh ikut sedikit jejak langkah dia, berbakti untuk masyarakat. Ya, aku tak mahulah jadi mahasiswi yang hanya 'mereput' dengan buku sahaja. Aku percaya ilmu kehidupan itu bukan hanya dalam kitab. Kamu kena terokai hidup kamu, memaknakan hidup kamu kalau kamu betul-betul nak rasa nikmat hidup.

           Maaf pabila aku semakin merapu, mungkin. Apa-apa pun aku nasihatkan kamu dan aku :        
 "move on, beb".

No comments:

Post a Comment